| World of Counseling | |
Dunia Kaunseling
Kaunseling dapat membantu para pelajar menghadapi situasi yang mencabar dalam diri mereka. Sekiranya situasi seperti ini tidak diberi perhatian atau kaunseling yang sewajarnya, ia akan mengakibatkan tekanan jiwa, ketakutan dan masalah kesihatan yang lain. Dengan bantuan kaunseling, pelajar dapat mengeksplorasi pelbagai alternatif dan cara penyelesaian.
Kaunselor memainkan peranan yang amat penting di dalam diri pelajar dan bidang pendidikan secara umum. Kaunselor secara langsung dan tidak langsung mempengaruhi pelajar dalam menentukan masa hadapan mereka. Terdapat pelbagai peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh seorang kaunselor. Amnya, kaunselor membantu membimbing pelajar dan bekerjasama dengan pihak lain seperti keluarga, guru-guru, organisasi dan pentadbiran untuk membantu pelajar dari segi pencapaian akademik, pembangunan diri dan sosial, serta pencapaian kerjaya. Kaunselor biasanya dilatih dan mempunyai pemahaman yang mendalam dalam bidang kaunseling.





